Carian Mengikut Program dan Kluster TVET@KPLB

 

Video Mengenai TVET@KPLB

TVET@KPLB merupakan acara ekspo tahunan yang diadakan melibatkan Agensi/ Institusi Pendidikan TVET di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertujuan memberi pendedahan dan peluang pendidikan TVET kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang lebih berminat dalam bidang teknikal dan vokasional. Bermula tahun 2020, sebagai sebahagian daripada norma baharu, Ekspo TVET@KPLB diadakan secara dalam talian dan dikenali sebagai e-Ekspo TVET@KPLB.

Objektif penganjurannya adalah mempromosikan kesedaran secara berterusan kepada masyarakat khususnya pelajar dan belia mengenai peluang pendidikan TVET. Pengajurannya melibatkan tujuh (7) Agensi Penyedia TVET di bawah KPLB iaitu KEMAS, JAKOA, MARA, PERDA, KEDA, KETENGAH dan RISDA, yang melibatkan 279 buah Institusi TVET di seluruh negara.

INSTITUSI – INSTITUSI DIBAWAH TVET@KPLB