Laman Utama/Diploma/Diploma : Keusahawanan & Teknousahawan/Diploma-IKM-Kluster Keusahawanan & Teknousahawan

Diploma-IKM-Kluster Keusahawanan & Teknousahawan

TEKNOUSAHAWAN PEMBINAAN DAN PENYELENGARAAN LANDSKAP

TEKNOUSAHAWAN PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP

Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknousahawan berasaskan pembinaan dan penyelenggaraan landskap lembut dan landskap kejur. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah pembelajaran untuk menjadi usahawan serta diwajibkan mengikuti kursus-kursus/ program-program usahawan yang telah dirancang.

TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN FABRIK

TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN FABRIK

Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknousahawan berasaskan rekabentuk dan percetakan fabrik yang memberi tumpuan pada percetakan dan pembuatan t-shirt. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah pembelajaran untuk menjadi usahawan serta diwajibkan mengikuti kursus-kursus/ program-program usahawan yang telah dirancang.

TEKNOUSHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT

TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT

Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot menawarkan pengajian selama 1 tahun melalui Production Base Education (PBE), dimana kaedah pembelajaran menggunakan konsep baru. Pelajar akan dilatih dan dibimbing menjadi usahawan dalam bidang Industri Perabot. Pelajar akan mengikuti latihan berasaskan dunia perniagaan sebenar, serta kaedah pengajian yang ditawarkan adalah fleksibel iaitu (80%) amali dan teori (20%). Program ini dijangka dapat melahirkan Usahawan Perabot Bumiputra yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur.

TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK MEKANIKAL

TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK (MEKANIKAL)

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar agar bersedia untuk bekerja di industri dengan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pelajar dalam bidang lukisan mekanikal, lukisan perpaipan dan rekabentuk produk dengan cara yang kreatif dan inovatif. Program ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk memulakan perniagaan sebagai teknousahawan.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/