HERBA DAN HASILAN SEMULAJADI (SAINS HERBA)
Program ini merupakan pembelajaran komprehensif dalam bidang pemprosesan dan pembuatan produk berasaskan herba dan produk semulajadi. Program ini memberi pendedahan kepada pengetahuan dan teknik untuk menghasilkan produk yang berkualaiti, selamat dan mengikut piawaian standard yang ditetapkan. Selain itu program ini menawarkan kurikulum yang bersepadu serta latihan yang praktikal dari tenaga pengajar yang berpengalaman dan efektif dengan pengaplikasian proses pembelajaran berasaskan teori dan praktikal untu menghasilkan tenaga kerja atau usahawan yang berjaya.
HERBA DAN HASILAN SEMULAJADI (PEMBUATAN)
Program ini merupakan pembelajaran komprehensif dalam bidang pemprosesan dan pembuatan produk berasaskan herba dan produk semula jadi. Program ini memberi pendedahan kepada pengetahuan dan teknik untuk menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan mengikut piawaian standard yang ditetapkan. Selain itu program ini menawarkan kurikulum yang bersepadu serta latihan yang praktikal dari tenaga pengajar yang berpengalaman dan efektif dengan pengaplikasian proses pembelajaran berasaskan teori dan praktikal untuk menghasilkan tenaga kerja atau usahawan yang berjaya.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYELENGGARAAN LOJI
Program ini merupakan pembelajaran komprehensif dalam bidang penyelenggaraan loji dengan pendedahan kepada pengetahuan prinsip-prinsip kejuruteraan serta memberi penekanan terhadap praktikal sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang kritikal seperti pengetahuan penyelenggaraan. Pelajar akan berpeluang menimba pengetahuan dan latihan yang praktikal, sesuai dengan kehendak dan keperluan pekerjaan semasa. Proses pembelajaran juga meliputi pemahaman terhadap elemen-elemen pemprosesan herba, keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) di samping penyelenggaraan peralatan yang dapat memenuhi keperluan individu, persekitaran dan industri, selain menjamin peluang pekerjaan yang lebih cerah.
TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN REKABENTUK
Diploma Packaging Technology and Design adalah program 3 tahun yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, Perak. Diploma yang ditawarkan di KKTM Lenggong ini melibatkan bahan-bahan pembungkusan dan rekabentuk, di mana struktur kurikulumnya memberi penekanan kepada teknologi pembungkusan dan disokong oleh elemen-elemen rekabentuk. Program ini menggabungkan sains dan teknologi, rekabentuk, pemasaran dan prinsip-prinsip perniagaan di dalam struktur kurikulumnya.
Secara umumnya, matlamat asas pembungkusan adalah untuk melindungi produk semasa pengagihan dan penghantaran ke suatu destinasi. Walau bagaimanapun, pada masa kini pembungkusan adalah satu cara utama untuk memasarkan produk. Dengan isu keselamatan makanan, pembungkusan telah menjadi perkara asas untuk melindungi pengguna daripada keracunan makanan dan lain-lain perkara yang melibatkan kebersihan sesuatu produk. Pembungkusan adalah bahagian penting ekonomi zaman moden ini. Membangunkan program pembungkusan adalah amat penting kerana pertumbuhan syarikat-syarikat pembungkusan bergantung kepada bekalan berterusan tenaga pekerja profesional yang terlatih. Industri pembungkusan memerlukan graduan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan pembungkusan, rekabentuk, pemasaran, pergudangan, pengedaran dan memahami isu-isu yang terlibat dalam kitar semula dan penggunaan semula bahan pembungkusan.
Program diploma ini akan membangunkan kepakaran teknologi dan pengetahuan saintifik untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri pembuatan makanan dan banyak sektor berkaitan.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MAKANAN
Program selama 3 tahun ini memberi pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang teknologi kejuteraan makanan. Program ini menekankan pengaplikasian prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan dalam membangunkan kaedah serta mengenalpasti proses terbaik bagi menghasilkan produk makanan yang bermutu, sihat dan selamat. Selain daripada itu, program ini juga menekankan ilmu dan kemahiran keusahawanan dalam bidang yang berkaitan.