Laman Utama/Diploma/Diploma : Kejuruteraan Awam & Seni Bina/Diploma-KKTM-Kluster Kejuruteraan Awam & Senibina

Diploma-KKTM-Kluster Kejuruteraan Awam & Senibina

SENIBINA

SENIBINA 

Program ini menawarkan pengetahuan akademik dan pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang senibina dalam usaha menghasilkan pekerja mahir dan terlatih bagi pembinaan industri global di samping membuka peluang melanjutkan pengajian ke peringkat profesional yang lebih tinggi. Program ini turut menggalakkan pelajar ke arah bidang keusahawanan teknikal.

REKABENTUK DALAMAN

REKABENTUK DALAMAN

Program ini memfokuskan kepada rekabentuk dan persekitaran dalaman bagi semua aspek struktur, ruang dan susun atur bahan. Pelajar akan mempelajari konsep rekabentuk dalaman berdasarkan konteks fizikal, budaya, alam sekitar dan sejarah rekabentuk senibina dalaman di samping membangunkan rekabentuk dalaman yang kreatif dan berdaya cipta samada bagi ruang awam atau peribadi.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN SISTEM TERMAJU

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (SISTEM TERMAJU)

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pembinaan semasa. Pelajar-pelajar didedahkan dengan Sistem Termaju dalam bidang Teknologi Pembinaan bagi mengoptimakan penggunaan sumber, mengurangkan kos penghantaran melalui tempoh yang singkat dan berkualiti. Seterusnya pelajar akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN GEO-STRUKTUR

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (GEO-STRUKTUR)

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pembinaan semasa. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kebolehan memahami, mengenal pasti, menganalisa dan menyelesaikan masalah berkaitan kes geo-struktur dalam bidang pembinaan. Mereka akan dibekalkan dengan pengetahuan dan aplikasi merekacipta dan membangunkan geo-struktur. Seterusnya pelajar akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN FORENSIK BANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (FORENSIK BANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN)

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pembinaan semasa. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pemahaman dan kebolehan menggunakan terminologi forensik di dalam bidang Teknologi Pembinaan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kebolehan memahami, mengenal pasti, menganalisa keberkesanan pembinaan, memahami prinsip forensik bangunan dan bersaing dalam penyiasatan dan baikpulih bangunan. Seterusnya pelajar akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN JALAN RAYA DAN PENGANGKUTAN

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (JALAN RAYA DAN PENGANGKUTAN)

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pengangkutan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pemahaman dan kebolehan pengaplikasi pengetahuan dan skil dalam turapan dan pembinaan jalan raya, teknologi penyelenggaraan, pengurusan trafik, kejuruteraan lalulintas serta rekabentuk keselamatan jalan raya. Graduan lepasan kursus ini berpeluang untuk berkhidmat dalam mana-mana agensi jalan raya, industri pembinaan jalan raya, penyelenggaraan turapan dan jalan raya dan industri pengangkutan. Seterusnya pelajar akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Bangunan. Pelajar berpeluang melakukan latihan amali dalam bidang binaan bangunan secara individu atau berkumpulan dengan bimbingan pengajar yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang bangunan. Pembelajaran dan latihan amali meliputi kerja-kerja konkrit, bata, acuan, tetulang, kekemasan, pembinaan sistem perparitan, kerja-kerja ukur dan ujian bahan binaan disamping teori yang berkaitan. Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk bekerja dalam bidang rekabentuk bangunan dan pembinaan. Selain daripada itu, pelajar turut didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN)

Program ini bermatlamat memberi ilmu pengetahuan dan latihan teknikal dalam bidang ‘Building Information Modelling’. Ia merupakan satu inisiatif dalam menyediakakan graduan yang berkualiti dan bersedia memenuhi keperluan industri dari aspek teknikal, sahsiah dan profesionalisme. Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah teknologi mekanikal dan elektrikal, teknologi pembinaan, teknologi hijau dan alam sekitar, serta latihan praktikal mengenai perisian BIM. Graduan daripada program ini bakal bergelar ‘BIM Modeller’ yang mampu membangunkan dan melaksanakan analisis ke atas model mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh industri, serta mengemaskini ‘Family’ dan model mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Graduan juga mampu menyediakan persembahan model tiga dimensi (3D) kepada pelanggan semasa proses mendapatkan kelulusan rekabentuk konsep dan menjana kuantiti daripada model yang disediakan oleh setiap disiplin.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN BANGUNAN HIJAU DAN CEKAP TENAGA

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (BANGUNAN HIJAU DAN CEKAP TENAGA)

Program ini bermatlamat memberi ilmu pengetahuan dan latihan teknikal dalam bidang ‘Green and Energy Efficient Buildings’. Ia merupakan satu inisiatif bagi merapatkan jurang antara keperluan industri dan kebolehpasaran graduan berkualiti tinggi dengan kemahiran yang mengagumkan yang mampu menjadi perantis dalam merevolusikan industri pembinaan di Malaysia. Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah teknologi mekanikal dan elektrikal, teknologi bangunaan cekap tenaga, teknologi pembinaaan industri, dan simulasi bangunan cekap tenaga. Selain itu pelajar turut didedahkan dengan situasi semasa yang berlaku dalam industri pembinaan.  Graduan daripada program ini seharusnya mampu berfikir secara kreatif, inovatif, serta berdaya saing dalam mengenalpasti suatu teknologi bagi merealisasikan objektif teknologi hijau dan cekap tenaga, khususnya bagi industri pembinaan dari pelbagai perspektif seperti keberkesanan kos, kecekapan ekosistem dan juga pengurusan bahan buangan bagi memelihara alam semulajadi terpelihara untuk generasi akan datang

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/