KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKABENTUK PEMBUATAN)
SINOPSIS PROGRAM
Program ini memberi tumpuan kepada teknologi pembuatan rekabentuk terkini bagi industri berat dan ringan. Pelajar akan diberi pendedahan kepada pelbagai perspektif bagi rekabentuk bermula dari peringkat awal pembangunan produk sehingga kepada penghasilan produk yang telah disepadukan bersama teknologi dan sistem terkini seperti Computer Aided Design Drafting (CAD), Computer Aided Manufacturing (CAM), Computer Aided Engineering (CAE), Fast Technology, Laser Cutting, Integrated Engineering dan Rapid Prototyping.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (MEKANIKAL REKABENTUK)
SINOPSIS PROGRAM
Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar agar bersedia untuk bekerja di industri dengan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pelajar dalam bidang mekanikal, penyelidikan dan rekabentuk produk dengan cara yang kreatif dan inovatif. Program ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk memulakan perniagaan sebagai teknousahawan.
TEKNOLOGI PEMBUATAN
SINOPSIS PROGRAM
Program ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam industri pembuatan berasaskan pemesinan. Pelajar akan mempelajari kaedah pemesinan konvensional dan bukan konvensional seperti CNC. Pelajar akan menggunakan perisian kejuruteraan dalam merekabentuk produk seterusnya merancang proses pembuatan yang diperlukan untuk pengeluaran produk. Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah serta bidang keusahawanan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan ataupun menjadi teknousahawanan.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN)
SINOPSIS PROGRAM
Tools and dies merupakan bahagian peralatan yang utama dalam sektor pembuatan. Program ini tertumpu kepada rekabentuk, pembuatan dan penyelenggaraan dalam acuan tekan di samping penekanan disiplin terhadap penggunaan mesin penekan, mesin CNC berteknologi tinggi, kerja logam dan AutoCAD. Industri pembuatan memerlukan pekerja mahir yang terlatih untuk memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan pengeluaran peralatan automatik termaju bagi memenuhi kehendak pasaran. Program ini bertujuan bagi membangunkan pelajar untuk menjadi antara individu utama dalam perniagaan kerja logam, mempunyai versatiliti dalam memanipulasi kemahiran mereka dalam penghasilan barangan-barangan jentera dan mesin yang lebih jitu serta mampu untuk merekabentuk peralatan yang terbaik.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKABENTUK PRODUK)
SINOPSIS PROGRAM
Program ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam proses penghasilan produk melalui penilaian dari peringkat konsep awal serta penelitian terhadap tahap-tahap rekabentuk produk melalui proses evaluasi untuk sesebuah prototaip. Pelajar digalakkan untuk berkarya untuk menghasilkan idea-idea baru bagi produk pengguna dalam memenuhi kehendak permintaan semasa dan akan datang. Selain daripada pemahaman konsep teknikal, pelajar juga akan diterapkan dengan kemahiran merancang, pengurusan masa, kerja berpasukan, kemahiran pembentangan dan penulisan laporan bagi memenuhi kriteria yang dicari oleh syarikat di alam pekerjaan masa kini.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN SUNTINGAN PLASTIK)
SINOPSIS PROGRAM
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan(Acuan Suntikan Plastik) adalah merupakan salah satu daripada program tiga tahun yang ditawarkan oleh KKTM Balik Pulau. Program ini diharap mampu untuk menghasilkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam merancang, merekabentuk, memfabrikasi, memasang dan menyelenggara acuan suntikan plastik, seiring dalam menepati kehendak pasaran dalam industri pembuatan negara. Untuk meningkatkan nilai tambah pelajar dalam persaingan kehendak industri semasa, pelajar akan didedahkan kepada perisian terkini dalam menganalisa dan merekabentuk produk dan acuan seperti Moldflow dan Pro-Engineer. Bagi memastikan penghasilan acuan yang jitu dan berkualiti tinggi, pelajar akan diberi penekanan terhadap teknologi pemotongan terkini yang beroperasi menggunakan Computer Numerical Control (CNC) yang dilengkapi dengan perisian CAD/CAM. Pelajar bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan teknikal, malah mereka akan didedahkan dengan kemahiran insaniah bagi menyediakan mereka sebelum memasuki alam pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam mahupun ke luar negara.
INDUSTRI (SIAPAN LOGAM)
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang kemasan logam & bukan logam seperti mengilap, menyadur tembaga, nikel, krom, perak dan emas. Pelajar juga didedahkan dengan kebolehan menyedia, menganalisa, merawat bahan kimia saduran serta merawat air kumbahan industri.
TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK (MEKANIKAL)
TEMPOH PENGAJIAN
18 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
Kuala Lumpur
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN IKM
Lulus Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) dari IKM.
KOMPETENSI KIMPALAN
TEMPOH PENGAJIAN
18 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
Johor Bahru, Beseri, Lumut
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.
LULUSAN GIATMARA
Kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
DAN
Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.
DAN
Tidak Rabun Warna.
KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PEMBUATAN AUTOMOTIF)
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menekankan kepada penghasilan graduan yang mampu untuk mengadaptasi teknologi terkini dan yang akan datang bagi menghasilkan produk automotif yang inovatif dan berdaya saing. Program ini telah direka secara strategik untuk menghasilkan graduan yang boleh memahami secara total pada setiap peringkat pemprosesan produk automotif, rekabentuk bahagian serta mempunyai kepakaran dalam semua disiplin automotif disamping memiliki kemahiran insaniah yang cemerlang.
KEJURUTERAAN PEMBUATAN (KUALITI DAN PRODUKTIVITI)
SINOPSIS PROGRAM
Program ini memfokuskan kepada aplikasi teknologi baru, teknik dan kaedah yang betul bagi mencapai kualiti dan produktiviti yang tinggi, terutamanya dalam sistem pembuatan. Kaedah dan kawalan pengeluaran yang baru, seperti “Lean Manufacturing” dan teknik-teknik lain yang berkaitan akan diperkenalkan kepada pelajar melalui program ini. Pengawalan kualiti dan produktiviti merupakan elemen terbaik dalam pengurusan sistem pembuatan dan digunakan dengan meluas dalam pelbagai sektor industri yang tidak hanya memfokuskan kepada kualiti produk atau perkhidmatan sahaja. Pembelajaran akan dilaksanakan secara teori dan praktikal. Penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar juga dititikberatkan, terutamanya dalam membuat keputusan untuk sesebuah organisasi.
TEKNOLOGI PEMBUATAN
SINOPSIS PROGRAM
Program ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam industri pembuatan berasaskan pemesinan. Pelajar akan mempelajari kaedah pemesinan konvensional dan bukan konvensional seperti CNC. Pelajar akan menggunakan perisian kejuruteraan dalam merekabentuk produk seterusnya merancang proses pembuatan yang diperlukan untuk pengeluaran produk. Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah serta bidang keusahawanan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan ataupun menjadi teknousahawanan.