KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN
(TERAPEUTIK)
Teraputik Bioperubatan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang bertujuan untuk mengelakkan dan merawat penyakit. Peralatan terapeutik terdiri daripada alat-alat yang ringkas seperti infusi dan pam picagari sehinggalah kepada alatan berteknologi tinggi seperti mesin hemodialisis, ventilator dan anestetik.
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN
(DIAGNOSTIK)
Diagnostik Bioperubatan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kepakaran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang bertujuan untuk mengenalpasti dan mendiagnosis penyakit. Maklumat yang dikumpul melibatkan simptom dan gejala penyakit sebelum rawatan yang sesuai diberikan oleh doktor. Ia juga digunakan untuk menilai tahap risiko dan pengurusan penyakit.
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (RADIOLOGI
DAN PENGIMEJAN)
Program ini mengkhususkan pengetahuan dan kepakaran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan bagi peralatan perubatan yang menggunakan radiasi seperti x-ray, sinar gamma, gelombang bunyi frekuensi tinggi dan medan magnet untuk radiasi tidak mengion bagi penghasilan imej organ dan bahagian dalaman lain badan pesakit sebagai bahan diagnostik.