Laman Utama/Uncategorized/Diploma-PERDA-TECH-Kluster Mekanikal & Pembuatan

Diploma-PERDA-TECH-Kluster Mekanikal & Pembuatan

REKABENTUK PRODUK

REKABENTUK PRODUK

PENGENALAN

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan reka bentuk produk yang merangkumi kemahiran merangka sistem, komponen dan memproses reka bentuk produk untuk kegunaan industri.

AKREDITASI

MQA/FA2621/ME-020-3:2012 (JPK)

SYARAT KEMASUKAN

LULUS SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3)kepujian termasuk dalam mata pelajaran berikut :
    • Matematik dan
    • SATU (1)Mata Pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional

ATAU

 

Memiliki (STPM) atau setaraf, dengan

  1. Lulus Matematik
  2. Lulus Bahasa Inggeris
  3. Lulus SATU (1)mata pelajaran sains/teknikal/vokasional pada peringkat SPM

ATAU

 

Sijil Teknologi Kejuruteraan PERDA-TECH yang diiktiraf atau setaraf, dengan CGPA 2.0 minimum;

  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Acuan)
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)

ATAU

 

Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setaraf, dengan CGPA 2.0 minimum;

KERJAYA

  • Perundingan Perindustrian rekabentuk produk
  • Pembantu Jurutera Rekabentuk
  • Penyelidikan dan Pembangunan Produk.
  • Juruteknik Pereka Bentuk
  • Drafter

TEMPOH PENGAJIAN

  • 3 tahun

TEKNOLOGI KIMPALAN

TEKNOLOGI KIMPALAN

PENGENALAN

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kimpalan yang merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan yang di perlukan di dalam  industri petroleum dan perkapalan negara.

AKREDITASI

MQA/FA2621/ME-020-3:2012 (JPK)

SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Kimpalan Tahap 3 (H-023-3/H-024-3/H-200-3)

DAN KEUTAMAAN KEPADA :

  • Lulusan Peringkat Sijil Teknologi  Kimpalan di PERDA-TECH

KERJAYA

  • Pembantu Jurutera Kimpalan
  • Juruteknik dalam industri Loji Minyak dan Gas

TEMPOH PENGAJIAN

  • 15 bulan

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)
Bukit Panchor,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang,
Malaysia

Tel : 04-599 1100
Fax: 04-593 8937
Emel : perdatech@perda.gov.my
Pautan : http://www.perda-tech.edu.my/