Laman Utama/KLUSTER TVET@KPLB

KLUSTER TVET@KPLB

KLUSTER AUTOMOTIF & TEKNOLOGI LOGISTIK (TRANSPORTATION AND LOGISTIC TECHNOLOGY ( MARINE / AEROSPACE / RAIL / AUTOMOTIVE ))

  • Kluster Automotif & Teknologi Logistik melibatkan pembelajaran berkaitan kaedah digunakan untuk membawa atau memindahkan orang atau barang dengan menggunakan laluan tanah, laut atau udara.

KLUSTER MEKANIKAL & PEMBUATAN (MECHANICAL & MANUFACTURING)

  • Kluster Mekanikal & Pembuatan melibatkan pembelajaran berkaitan proses perancangan, reka bentuk, pembangunan, penghasilan, kawalan mesin, pemasangan komponen, loji mekanikal dan sistem serta produk logam.

KLUSTER AWAM (CIVIL & ARCHITECTURE)

  • Kluster Awam adalah pembelajaran berkaitan merancang, mereka bentuk, menguji dan mengarahkan untuk membina bangunan dan struktur berskala besar, termasuk sistem pengangkutan, bekalan air, kumbahan dan lain-lain.
  • Kluster Alam Bina adalah pembelajaran berkaitan kajian seni, sains dan teknik reka bentuk bangunan iaitu merangkumi pengujian kekukuhan struktur serta kecekapan fungsi dan ekonomi sesuatu bangunan.

KLUSTER MINYAK & GAS (OIL & GAS)

  • Kluster Minyak & Gas melibatkan pembelajaran berkaitan teknologi, proses dan kaedah yang digunakan dan dilaksanakan dalam pengeluaran minyak dan gas.

KLUSTER PERUBATAN & PENJAGAAN KESIHATAN (MEDICAL & HEALTHCARE)

  • Kluster Perubatan & Penjagaan Kesihatan melibatkan pembelajaran berkaitan sistem penjagaan kesihatan di hospital dan klinik berasaskan komuniti kerana mereka bekerja rapat dengan Pegawai Perubatan untuk melaksanakan pelbagai tugas dari pentadbiran ke klinikal.

KLUSTER ELEKTRIK & ELEKTRONIK (ELECTRICAL & ELECTRONIC)

  • Kluster Elektrik & Elektronik adalah pembelajaran melibatkan proses, kaedah dan aplikasi sebarang kerja berkaitan elektrik dan elektronik.

KLUSTER HERBA (BIOTECHNOLOGY)

  • Kluster Herba melibatkan pembelajaran berkaitan penggunaan sistem hidup untuk membangunkan, mengubah suai atau membuat produk untuk penjagaan kesihatan, pertanian dan perindustrian/ pembuatan.

KLUSTER TEKNOLOGI MAKLUMAT (INFORMATION AND COMPUTING (ICT))

  • Kluster Teknologi Maklumat melibatkan pembelajaran berkaitan kaedah menggunakan teknologi komputer yang melibatkan perkakasan atau perisian untuk menghasilkan maklumat yang bermakna.

KLUSTER SENI GRAFIK & TEKNOLOGI MULTIMEDIA (ART DESIGN & CREATIVE MULTIMEDIA)

  • Kluster Seni Grafik & Teknologi Multimedia melibatkan pembelajaran berkaitan proses, kaedah dan penerapan teknologi untuk menghasilkan kandungan kreatif.

KLUSTER PEMPROSESAN BAHAN (MATERIAL TECHNOLOGY)

  • Kluster Pemprosesan Bahan melibatkan pembelajaran berkaitan kaedah yang digunakan untuk memproses, mensintesis dan menghasilkan bahan dalam bentuk dan bentuk khusus untuk aplikasi tertentu.

KLUSTER HOSPITALITI, KULINARI & PELANCONGAN (HOSPITALITY, CULINARY & TOURISM)

  • Kluster Hospitaliti, Kulinari & Pelancongan melibatkan pembelajaran teori dan kaedah operasi, atau menggunakan pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan operasi hotel dan restoran.

KLUSTER PERTANIAN (AGRICULTURE)

  • Kluster Pertanian melibatkan pembelajaran berkaitan proses dan teknik pembiakan dan pemprosesan hasil agro.
 

KLUSTER TERAPI KECANTIKAN & DANDANAN RAMBUT (BEAUTICIAN & HAIRDRESSERS)

  • Kluster Terapi Kecantikan & Dandanan Rambut melibatkan pembelajaran berkaitan penjagaan tubuh dan rawatan rambut untuk kecantikan.

KLUSTER REKABENTUK FESYEN & PAKAIAN (FASHION & GARMENT)

  • Kluster Rekabentuk Fesyen & Pakaian melibatkan pembelajaran berkaitan rekabentuk fesyen dan pakaian untuk kegunaan dan industri.
 

KLUSTER USAHAWAN & TEKNOUSAHAWAN (ENTREPRENEUR & TECHNOPRENEUR)

  • Kluster Usahawan & Teknousahawan melibatkan pembelajaran berkaitan teori dan amalan perancangan perniagaan, mengarahkan, menganjurkan dan menyelaraskan perniagaan.