Laman Utama/Sijil/Sijil Akademi Kemahiran (KEMAS)/Sijil Akademi Kemahiran KEMAS – Kluster Hospitaliti & Kulinari

Sijil Akademi Kemahiran KEMAS – Kluster Hospitaliti & Kulinari

SIJIL PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN TAHAP 2

PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus melangkah setapak kehadapan dalam menyokong pelaksanaan RMK 10 di bawah sub bidang  latihan kemahiran dan vokasional  dengan kewujudan Akademi Kulinari KEMAS Malaysia. Akademi yang berpusat di Pusat Kegiatan Masyarakat Gopeng Perak, ini menawarkan Bidang Penyediaan Makanan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bermula dari Tahap 2 hingga 3 . Program ini merupakan usahasama antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Di bawah program ini, belia dan beliawanis yang terpilih adalah di antara umur 19-30 tahun.  Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Pegawai dan Pemaju Masyarakat KEMAS yang telah memiliki kelulusan pengajian  Kulinari dari UiTM, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1-3 dan Sijil VTO dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Modul yang telah dibangunkan bagi tahap 1-3 bagi Bidang Penyediaan Makanan telah dikawalselia dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

AKREDITASI

Kelayakan kemahiran yang disenaraikan ini adalah terletak di bawah kawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Proses penilaian dan pentauliahan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pembangunan Kemahiran sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) serta peraturan di bawahnya.

Kelayakan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan didaftar adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan adalah:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun;
  3. SPM/SPM (V);
  4. Lulus Bahasa Malaysia dan Ujian Lisan;
  5. Peserta (calon KEMAS sahaja) yang lulus menduduki Ujian   Penilaian Kecekapan KEMAS;
  6. Sihat tubuh badan, tidak menghadapi penyakit kronik,tidak buta warna dan lain-lain;
  7. Status bujang/belum berkahwin;
  8. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain- lain sijil yang berkenaan sahaja;
  9. Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003); dan
  10. Keutamaan diberikan kepada calon daripada keluarga yang berpendapat rendah.

KERJAYA

  • Membuka kedai makanan sendiri
  • Menerima tempahan makanan
  • Bekerja di kedai rantaian makanan
  • Chef di hotel
  • Tenaga pengajar KEMAS

TEMPOH PENGAJIAN

1 tahun

KOD PROGRAM

HT-012-2:2012

CARTA ALIR PERMOHONAN KE AKADEMI KEMAS

Pengambilan Pelatih Dibuat 2 Kali Iaitu Pada Januari Dan Julai Setiap Tahun

  • Tawaran iklan dibuka ke KEMAS negeri dan agensi- agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
  • Calon yang berminat perlu menghantar permohonan ke :
    Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
    Kementerian Pembangunan Luar Bandar,Aras 5-9,
    No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan  Persekutuan,
    62100 Putrajaya.
    [UP: Bahagian Pendidikan Kemahiran
    No. Telefon : 03-88912000,
    No Faks: 03-88882312
    Laman Web: http://wwww.kemas.gov.my
  • Maklumat calon disemak dan direkod
  • Mesyuarat pemilihan dijalankan oleh jawatankuasa pemilihan
  • Calon berjaya akan di hubungi melalui telefon dan aplikasi Whatsapp
  • Surat tawaran di edarkan
  • Lapor diri dan daftar ke Akademi KEMAS

SIJIL PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN TAHAP 3

SIJIL PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN TAHAP 3

PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus melangkah setapak kehadapan dalam menyokong pelaksanaan RMK 10 di bawah sub bidang  latihan kemahiran dan vokasional  dengan kewujudan Akademi Kulinari KEMAS Malaysia. Akademi yang berpusat di Pusat Kegiatan Masyarakat Gopeng Perak, ini menawarkan Bidang Penyediaan Makanan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bermula dari Tahap 2 hingga 3 . Program ini merupakan usahasama antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Di bawah program ini, belia dan beliawanis yang terpilih adalah di antara umur 19-30 tahun.  Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Pegawai dan Pemaju Masyarakat KEMAS yang telah memiliki kelulusan pengajian  Kulinari dari UiTM, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1-3 dan Sijil VTO dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Modul yang telah dibangunkan bagi tahap 1-3 bagi Bidang Penyediaan Makanan telah dikawalselia dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

AKREDITASI

Kelayakan kemahiran yang disenaraikan ini adalah terletak di bawah kawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Proses penilaian dan pentauliahan adalah di bawah tanggungjawab JPK sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) serta peraturan di bawahnya.

Kelayakan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK dan didaftar adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan adalah:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun;
  3. SPM/SPM (V);
  4. Lulus Bahasa Malaysia dan Ujian Lisan;
  5. Peserta (calon KEMAS sahaja) yang lulus menduduki Ujian   Penilaian Kecekapan KEMAS;
  6. Sihat tubuh badan, tidak menghadapi penyakit kronik,tidak buta warna dan lain-lain;
  7. Status bujang/belum berkahwin;
  8. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain- lain sijil yang berkenaan sahaja;
  9. Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003); dan
  10. Keutamaan diberikan kepada calon daripada keluarga yang berpendapat rendah.

KERJAYA

  • Membuka kedai makanan sendiri
  • Menerima tempahan makanan
  • Bekerja di kedai rantaian makanan
  • Chef di hotel
  • Tenaga pengajar KEMAS

TEMPOH PENGAJIAN

1 tahun

KOD PROGRAM

HT-012-3:2012

CARTA ALIR PERMOHONAN KE AKADEMI KEMAS

Pengambilan Pelatih Dibuat 2 Kali Iaitu Pada Januari Dan Julai Setiap Tahun

  • Tawaran iklan dibuka ke KEMAS negeri dan agensi- agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
  • Calon yang berminat perlu menghantar permohonan ke :
    Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
    Kementerian Pembangunan Luar Bandar,Aras 5-9,
    No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan  Persekutuan,
    62100 Putrajaya.
    [UP: Bahagian Pendidikan Kemahiran
    No. Telefon : 03-88912000,
    No Faks: 03-88882312
    Laman Web: http://wwww.kemas.gov.my
  • Maklumat calon disemak dan direkod
  • Mesyuarat pemilihan dijalankan oleh jawatankuasa pemilihan
  • Calon berjaya akan di hubungi melalui telefon dan aplikasi Whatsapp
  • Surat tawaran di edarkan
  • Lapor diri dan daftar ke Akademi KEMAS

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,Aras 5-9,
No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,
Pusat Pentadbiran
Kerajaan  Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA.
[UP: Bahagian Pendidikan Kemahiran]

No. Telefon : 03-88912000,
No Faks : 03-88882312
Laman Web: http://www.kemas.gov.my