TEKNOLOGI FOUNDRI
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi foundri yang meliputi kerja-kerja membentuk pelbagai jenis corak berpandukan rekabentuk lukisan dan membentuk acuan daripada pasir atau sebatian-sebatian lain. Graduan juga akan berkemahiran untuk mengendalikan pelbagai jenis relau serta menguasai kaedah-kaedah peleburan logam.
TEKNOLOGI KIMPALAN
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kimpalan yang meliputi perkara-perkara seperti asas kimpalan, keselamatan dalam kimpalan, asas blueprint dan kaedah-kaedah Ujian Tanpa Musnah (NDT). Graduan juga akan berkemahiran untuk melakukan Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW), Kimpalan Arka Tungsten Gas (GTAW), Kimpalan Arka Logam Gas (GMAW) dan Kimpalan Arka Teras Flux (FCAW) berdasarkan keperluan dan situasi sebenar industri.
· M14 – SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi fabrikasi logam yang merangkumi kerja-kerja fabrikasi logam, pengimpalan, merekabentuk pola, penggunaan mesin separa automatik dan automatik serta penggunaan peralatan asas dalam proses fabrikasi logam. Pelajar turut akan terlibat dengan pelbagai projek fabrikasi yang menggunakan bahan seperti keluli lembut, keluli bergalvani, aluminium dan keluli kalis karat.
· M15 – SIJIL TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan pembuatan yang merangkumi kerja-kerja pembuatan logam dengan menggunakan mesin konvensional (mesin melarik, mengisar, mencanai dan membentuk) serta mesin berkomputer (Computer Numerical Control (CNC) dan Electric Discharge Machine (EDM)). Graduan turut akan berkemahiran untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas peralatan dan mesin-mesin pembuatan logam di samping mengembangkan kreativiti dengan penggunaan perisian CAD/C
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN REKABENTUK)
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanikal (rekabentuk) yang merangkumi teknik asas lukisan teknik, geometri dan kejuruteraan mekanikal menggunakan kaedah konvensional serta perisian komputer. Graduan turut akan berkemahiran untuk menyediakan lukisan-lukisan teknikal standard seperti lukisan mesin dan komponen, lukisan perkhidmatan mekanikal dan elektrik serta lukisan asas perpaipan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKAN
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan penyamanan udara dan penyejukan yang merangkumi kemahiran memasang, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai jenis penghawa dingin dan sistem penyejukan. Program Persijilan Juruteknik Servis (CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIK INDUSTRI
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanik industri yang merangkumi kerja-kerja menggegas, mengimpal, mencanai, membaik pulih serta merombak rawat mesin-mesin industri dan kompenennya menerusi kaedah konvensional dan Computer Numerical Control (CNC). Graduan juga akan berkemahiran untuk melakukan kerja-kerja asas elektrik dan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem kawalan pneumatik & hidraulik di samping asas teknologi pengeluaran.