Kluster Seni & Rekabentuk
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/
TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK & PENGELUARAN PERABOT
SINOPSIS PROGRAM
Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot menawarkan pengajian selama 1 tahun melalui Production Base Education (PBE), dimana kaedah pembelajaran menggunakan konsep baru. Pelajar akan dilatih dan dibimbing menjadi usahawan dalam bidang Industri Perabot. Pelajar akan mengikuti latihan berasaskan dunia perniagaan sebenar, serta kaedah pengajian yang ditawarkan adalah fleksibel iaitu (80%) amali dan teori (20%). Program ini dijangka dapat melahirkan Usahawan Perabot Bumiputra yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur.
TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN FABRIK
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknousahawan berasaskan rekabentuk dan percetakan fabrik yang memberi tumpuan pada percetakan dan pembuatan t-shirt. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah pembelajaran untuk menjadi usahawan serta diwajibkan mengikuti kursus-kursus/ program-program usahawan yang telah dirancang.
INDUSTRI REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT
TEMPOH PENGAJIAN
12 bulan (sepenuh masa)
IKM TERLIBAT
Tsya Pekan, Lumut
SYARAT KELAYAKAN
Lulus Sijil Teknologi Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
atau
Lulus SKM Tahap 3
REKABENTUK MEDIA DIGITAL
SINOPSIS PROGRAM
Program ini distrukturkan bagi pembelajaran di sekitar studio dan makmal latihan. Pengajaran program ini merangkumi media digital, perniagaan, media baru dan aliran praktikal profesional dalam penyelesaian masalah samada dalam sesi pembelajaran mahupun melalui kerja sangkutan projek bersama syarikat luar. Matlamat kerja studio ini adalah untuk menggalakkan perbincangan, inovasi dan kreativiti pelajar semasa kerja sangkutan projek serta membantu dalam memperkenalkan pelajar dalam persekitaran kerja yang sebenar. Tujuan program ini juga adalah untuk membangunkan kemahiran utama dalam rekabentuk kreatif, rekabentuk proses, komunikasi secara visual, penyelesaian masalah yang kreatif, asas dan amalan rekabentuk, pengurusan projek, komunikasi dan kolaborasi, kemahiran rekabentuk teknikal, pemasaran dan keusahawanan.
FILEM DAN ANIMASI DIGITAL
SINOPSIS PROGRAM
Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri filem dan animasi. Pelajar akan mempelajari cara untuk merangsang idea, menulis cadangan, memahami amalan rangkaian animasi dan menguruskan perbelanjaan produksi. Penekanan kepada pembangunan kemahiran dalam kraf penulisan layar dan produksi seperti mengarah dan penyuntingan dalam menjadikan jalan cerita yang berstruktur dan beremosi juga akan diterapkan dalam kursus ini.
REKABENTUK FESYEN
SINOPSIS PROGRAM
Program ini memberi pengkhususan kepada pembangunan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan industri fesyen di Malaysia, sejajar dengan kehendak bagi melahirkan pereka fesyen yang kreatif. Pelajar mampu untuk mengekspresi dan meneroka kreativiti serta kebolehan untuk menggambarkan konsep rekabentuk sekaligus berkomunikasi dengan lebih efektif kepada rakan sekerja dan klien. Pelajar akan dilatih untuk lebih bermotivasi, bersemangat dan berpengetahuan, berinisiatif dan bekerja secara berpasukan. Pelajar juga akan didedahkan kepada senario industri fesyen terkini meliputi operasi, kehendak pasaran dan pengaruh besar dalam industri ini. Selain daripada itu, maklumat tentang hubungan antara rekabentuk fesyen dan promosi media serta sektor-sektor pasaran tertentu termasuk couture dan pasaran sedia-terpakai akan diperkenalkan kepada pelajar.
Tamat pengajian, pelajar dijangka untuk bekerja sebagai pembantu pereka fesyen dalam bidang perniagaan berasaskan studio, syarikat rekabentuk fesyen, perniagaan borong dan runcit, majalah dan rumah-rumah penerbitan dalam talian, agensi fesyen, rekabentuk tekstil dan studio percetakan, ejen tekstil, pegawai pemasaran dan perhubungan awam bagi syarikat-syarikat gergasi.
REKABENTUK PERABOT
SINOPSIS PROGRAM
Para pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini, bahan dan amalan rekabentuk studio yang digunapakai dalam penghasilan perabot menggunakan Computer-aided design and modelling (CAD-CAM). Kerja kursus juga menekankan elemen kreatif, inovatif, kaedah bengkel serta pemasaran dan pengajian perniagaan. Sepanjang program ini, pelajar juga digalakkan untuk membangunkan kemahiran mereka melalui kesedaran terhadap pelbagai aspek teknikal dan kreatif. Proses pembelajaran turut merangkumi pemahaman dan penekanan terhadap elemen rekabentuk, fungsi, pembuatan dan pembentangan projek bagi produk perabot domestik, komersial, korporat mahupun yang dikhususkan.
TEKNOUSAHAWAN UPHOLSTERI
TEMPOH PENGAJIAN
24 Bulan
IKM TERLIBAT
Sungai Petani
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN IKM/ILKA/ILKS
Lulus Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dari mana-mana ILKA/ILKS atau IPTA/IPTS.
DAN
Lulus temuduga dan Ujian Khas serta Lulus Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test). DAN
Berumur di antara 20-45 tahun.
LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.
ATAU
Berpengalaman dalam bidang berkaitan selama 3 tahun.
DAN
Lulus temuduga dan Ujian Khas serta Lulus Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test).
ATAU
LULUS Sijil Profesional GIATMARA dalam bidang berkaitan DAN Lulus temuduga dan Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test).
PENGELUARAN PERABOT
TEMPOH PENGAJIAN
30 Bulan
IKM TERLIBAT
Sungai Petani dan IKM TSYA, Pekan
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN SPM
Lulus SPM atau setara DAN Lulus temuduga dan Ujian Khas serta Lulus Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test).
LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 atau 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara DAN Lulus temuduga dan Lulus Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test).
ATAU
LULUS Sijil Profesional GIATMARA dalam bidang berkaitan DAN Lulus temuduga dan Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test).