Kluster Alam Bina

SENIBINA


SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pengetahuan akademik dan pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang senibina dalam usaha menghasilkan pekerja mahir dan terlatih bagi pembinaan industri global di samping membuka peluang melanjutkan pengajian ke peringkat profesional yang lebih tinggi. Program ini turut menggalakkan pelajar ke arah bidang keusahawanan teknikal.

REKABENTUK DALAMAN


SINOPSIS PROGRAM

Program ini memfokuskan kepada rekabentuk dan persekitaran dalaman bagi semua aspek struktur, ruang dan susun atur bahan. Pelajar akan mempelajari konsep rekabentuk dalaman berdasarkan konteks fizikal, budaya, alam sekitar dan sejarah rekabentuk senibina dalaman di samping membangunkan rekabentuk dalaman yang kreatif dan berdaya cipta samada bagi ruang awam atau peribadi.

TEKNOUSAHAWAN PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP


SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknousahawan berasaskan pembinaan dan penyelenggaraan landskap lembut dan landskap kejur. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah pembelajaran untuk menjadi usahawan serta diwajibkan mengikuti kursus-kursus/ program-program usahawan yang telah dirancang.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/