Kluster Alam Bina

SENIBINA


 

Program ini merangkumi kaedah dan juga teknik yang betul dalam penyediaan lukisan-lukisan senibina seperti lukisan pelan bangunan, lukisan perkhidmatan bangunan, lukisan siap bina, lukisan pendawaian elektrik, lukisan sistem saluran paip dan sistem pembuangan air serta lukisan perspektif. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada kerja-kerja pembentukan model bangunan. Lukisan-lukisan dan model bangunan tersebut dihasilkan dengan kaedah konvensional serta kaedah CAD.

LANDSKAP


Program ini menyediakan asas kemahiran yang kukuh dalam bidang landskap seperti merancang, merekabentuk, mengurus dan melaksana projek landskap buatan manusia atau persekitaran luar semulajadi. Kemahiran tersebut dapat dibina melalui aplikasi dalam projek landskap lembut dan kejur sepanjang pelaksaan program. Pelajar juga akan didedahkan dengan asas amalan hortikultur serta nilai-nilai keusahawanan.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/