Kluster Automotif

 TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi baik pulih badan kenderaan yang merangkumi penilaian kerosakan kenderaan bagi tujuan baikpulih serta penukaran alat ganti dan bahan. Pelajar akan menguasai kemahiran untuk melakukan kimpalan gas, mematri, mengetuk, menyimen dan mengecat badan kenderaan. Pelajar juga akan didedahkan dengan kerja-kerja menanggal serta memasang semula kompenen badan kenderaan termasuk sistem pendawaiannya serta asas keusahawanan.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin kenderaan penumpang. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmission, suspension, brake dan steering selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (JENTERA BERAT)


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin kenderaan komersial. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmissionsuspensionsteering, brake dan fuel injection pump selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MARIN


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin jentera marin. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmission, elektrik & elektronik serta sistem penyejuk bekuan dan penyaman udara selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/