Kluster Awam

TEKNOLOGI BEKALAN AIR DAN PEMBETUNGAN


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi bekalan air dan pembentungan. Pelajar akan dilatih untuk mempunyai kemahiran bekerja secara individu serta berpasukan dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan paip dan sistem pembentungan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian. Pada penghujung program, pelajar turut akan memperolehi Sijil A1 yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

 TEKNOLOGI KEJUTERAAN BANGUNAN


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan bangunan yang meliputi kerja-kerja menerap bata dan blok, konkrit dan ornamental, melepa (plastering), memapak (paving), memasang jubin (lantai dan dinding), membuat penganggaran, interpretasi plan serta pengurusan kontrak bangunan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

TEKNOLOGI KEJUTERAAN LUKISAN STRUKTUR


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan lukisan struktur. Pelajar akan dilatih supaya mempunyai kualiti dan kemahiran yang sesuai dalam bidang lukisan struktur untuk menyokong industri berkaitan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/