Kluster Bioperubatan

KEJUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (TERAPEUTIK)

SINOPSIS PROGRAM

Teraputik Bioperubatan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang bertujuan untuk mengelakkan dan merawat penyakit. Peralatan terapeutik terdiri daripada alat-alat yang ringkas seperti infusi dan pam picagari sehinggalah kepada alatan berteknologi tinggi seperti mesin hemodialisis, ventilator dan anestetik.

KEJUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (DIAGNOSTIK)

SINOPSIS PROGRAM

Diagnostik Bioperubatan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kepakaran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang bertujuan untuk mengenalpasti dan mendiagnosis penyakit. Maklumat yang dikumpul melibatkan simptom dan gejala penyakit sebelum rawatan yang sesuai diberikan oleh doktor. Ia juga digunakan untuk menilai tahap risiko dan pengurusan penyakit.

 KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (RADIOLOGI DAN PENGIMEJAN)

SINOPSIS PROGRAM

Program ini mengkhususkan pengetahuan dan kepakaran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan bagi peralatan perubatan yang menggunakan radiasi seperti x-ray, sinar gamma, gelombang bunyi frekuensi tinggi dan medan magnet untuk radiasi tidak mengion bagi penghasilan imej organ dan bahagian dalaman lain badan pesakit sebagai bahan diagnostik.

KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

SINOPSIS PROGRAM

Teknologi Maklumat Telekomunikasi Bioperubatan (ICT) adalah satu bidang yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri perubatan. ICT menghubungkan doktor, pentadbir, pembekal perkhidmatan dan pesakit melalui kaedah capaian menggunakan komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/