Kluster Elektronik

KEJUTERAAN ELEKTRONIK (MIKROELEKTRONIK)


SINOPSIS PROGRAM

Mikroelektronik adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pengecilan komponen elektronik. Ia melibatkan rekabentuk, fabrikasi dan pengujian microcircuits  atau Litar Bersepadu(IC). IC ini digunakan secara meluas dalam komputer, peralatan telekomunikasi, produk audio-video, peralatan ruang dan produk elektronik lain.

KEJUTERAAN ELEKTRONIK (ROBOTIK DAN AUTOMASI)


SINOPSIS PROGRAM

Kejuruteraan Robotik dan Automasi memfokuskan penggunaan sistem kawalan dan teknologi maklumat untuk keperluan tenaga kerja manusia dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Dalam skop perindustrian, automasi merupakan satu langkah yang melebihi skop penjenteraan. Penggunaan mesin dengan kendalian manusia dalam penjenteraan dapat membantu mereka mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, manakala automasi pula banyak mengurangkan keperluan untuk deria dan fikiran manusia. Automasi memainkan peranan yang semakin penting dalam dunia ekonomi dan pekerjaan harian.

KEJUTERAAN ELKETRONIK (PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN)


SINOPSIS PROGRAM

Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam pelbagai proses industri dan sistem pengukuran termasuk pengesan dan actuator yang banyak digunakan dalam pembuatan automasi termasuk industri utiliti dan lain-lain. Pelajar akan memperolehi pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam sistem kawalan, pengesanan(sensor), pemilihan peralatan, pemasangan, pertauliahan dan pengujian, penyelenggaraan, kaliberasi, pengaturcaraan dan pengendalian PLC, SCADA. Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti Process Control, Industrial Automation, Data Acquisition and Control serta Industrial Process Instrumentation.

 KEJUTERAAN ELEKTRONIK (TRANSMISI DATA DAN RANGKAIAN)


SINOPSIS PROGRAM

Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam diagnosis kerosakan sistem rangkaian, baik pulih dan pemasangan peralatan, perkhidmatan dan perancangan rangkaian dalam syarikat-syarikat telekomunikasi. Modul yang ditawarkan termasuklah mengenai teori transmisi, isyarat telekomunikasi, pengukuran dan teknik komunikasi serta serta data komunikasi yang canggih. Di samping itu, pelajar akan didedahkan kepada telefoni asas, rangkaian dan asas-asas mikropemproses.

 KEJUTERAAN ELEKTRONIK (SISTEM TERBENAM)


SINOPSIS PROGRAM

Program ini menekankan kepentingan komersial dan perkembangan pesat sistem digital terbenam untuk komunikasi dan kawalan. Ia menawarkan pelbagai pilihan yang relevan hingga ke industri, dan adalah persediaan terbaik untuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam penyelidikan. Program berasaskan sintetis ini direka untuk penolong jurutera dalam industri elektronik, terutamanya dalam sektor-sektor seperti elektronik pengguna, komunikasi, automotif, automasi industri dan avionik. Pelajar akan mempunyai akses kepada keseluruhan set alat pembangunan, platform dan peralatan yang berprestasi tinggi sepanjang sesi praktikal dan fasa pembangunan projek untuk mengasah kepakaran mereka.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/