Kluster Elektronik

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (INSTRUMENTASI)


Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan elektronik yang merangkumi bidang instrumentasi yang melibatkan proses kawalan serta penggunaan peralatan instrumentasi. Graduan juga didedahkan dengan kemahiran asas elektronik seperti ciri-ciri dan fungsi litar elektronik, kegunaan peranti pengukuran serta cara menentukur instrumen elektronik. Pelajar akan berkemahiran untuk membaiki dan menyelenggara instrumen-instrumen yang menggunakan sistem analog, digital, pneumatik dan hidraulik serta pengaturcaraan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (TELEKOMUNIKASI)


Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan elektronik telekomunikasi meliputi asas-asas elektrik dan elektronik, system analog dan digital, teknik mematri (soldering), mengendali alat-alat pengukur seperti oscilloscope, audio/signal generator dan lain-lain, mengenal pasti jenis-jenis kerosakan dan membaikinya (electronic troubleshooting).  Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada asas-asas system telekomunikasi, teknologi mobile dan fiber optik. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan dalam bidang teknikal setelah tamat pengajian.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK


Program Sijil ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik yang merangkumi bidang Elektronik, Mekanikal serta Komputer dengan tempoh pengajian selama 24 bulan (4 semester). Program ini fokus kepada teknologi terkini dalam industri automosi dan robotik dengan melibatkan pembelajaran kursus/modul seperti CAD, PLC, Programming,  Micro-controller, Pneumatic, Hydraulic, Industrial AutomationIndustrial Robotics System dan Mechatronics System Design di samping kursus teras yang lain. Graduan akan dilengkapi dengan kemahiran dalam kerja-kerja pemasangan dan membuat programmingperkakasan pneumatik, hidraulik, dan elektronik di samping kerja-kerja selenggaraan berjadual dan baik pulih berdasarkan situasi sebenar di industri.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/