Kluster Elektronik

 TEKNOLOGI KEJUTERAAN ELEKTRONIK (INDUSTRI)

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik(Industri) menyediakan pelajar dengan kemahiran dalam rekabentuk, menguji dan menyelia sistem elektronik yang digunakan industri seperti sistem robotic berdasar Programmable Logic Controller(PLC), pneumatik, hidraulik, Mikropemproses, Digital dan Analog Elektronik. Teknologi elektronik terbaru juga diterapkan dalam silibus untuk menghasilkan graduan yang cemerlang dan kompeten bagi memenuhi tenaga kerja global. Program ini juga membangunkan pelajar supaya menceburi bidang teknousahawan.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK INDUSTRI

SINOPSIS PROGRAM

Program Diploma ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik yang merangkumi bidang Elektronik, Mekanikal serta Komputer dengan tempoh pengajian selama 36 bulan (6 semester). Program ini fokus kepada teknologi terkini dalam industri automosi dan robotik dengan melibatkan pembelajaran kursus/modul seperti CAD, PLC, Programming,  Micro-controller, Pneumatic, Hydraulic, Industrial AutomationIndustrial Robotics System dan Mechatronics System Design di samping kursus teras yang lain. Graduan akan dilengkapi dengan kemahiran dalam kerja-kerja pengurusan risiko, merekabentuk, membuat programming, mengendali pemasangan perkakasan pneumatik, hidraulik, dan elektronik di samping kerja-kerja selenggaraan berjadual dan baik pulih berdasarkan situasi sebenar di industri.

KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (OBJEK RANGKAIAN INTERNET)

SINOPSIS PROGRAM

Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam pelbagai industri yang mengaplikasikan teknologi IoT yang melibatkan proses diagnosis kerosakan sistem, baik pulih dan pemasangan peralatan, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan sistem IoT dalam syarikat-syarikat terlibat. Modul yang ditawarkan termasuklah mengenai sensor technologies, Embedded System, Mobile Computing, Digital Communication & Networking Technologies, Web Development serta Database Management System. Di samping itu, pelajar akan didedahkan kepada teknologi-teknologi terkini berasaskan revolusi industri 4.0 sebagai contoh penggunaan dron, robot, rfid sensors dan sebagainya.

TEKNOLOGI KOMPUTER (SEKURITI)

TEMPOH PENGAJIAN

36 bulan (sepenuh masa)

AKREDITASI

MQA/PA9738

IKM TERLIBAT

Sik

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain

DAN

Lulus Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN lulus SPM dalam mata pelajaran berikut:

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara DAN Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran.

TEKNOLOGI KOMPUTER (ANALISA DATA BESAR)

TEMPOH PENGAJIAN

36 bulan (sepenuh masa)

AKREDITASI

MQA/PA9739

IKM TERLIBAT

Lumut

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain

DAN

Lulus Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan  mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN lulus SPM dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan  2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara DAN Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran.

TEKNOLOGI KOMPUTER (KOMPUTASI AWAN)

TEMPOH PENGAJIAN

36 bulan (sepenuh masa)

AKREDITASI

MQA/PA9740

IKM TERLIBAT

Besut

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain

DAN

Lulus Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN lulus SPM bagi mata pelajaran  berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara DAN Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/