Kluster Mechanical & Manufacturing

KOMPETENSI KIMPALAN
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang Diploma Kompetensi Kimpalan, dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian visual inspector (VI), penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan (DT dan NDT) bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
TEKNOLOGI PEMBUATAN
SINOPSIS SILIBUS
Program ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam industri pembuatan berasaskan pemesinan. Pelajar akan mempelajari kaedah pemesinan konvensional dan bukan konvensional seperti CNC. Pelajar akan menggunakan perisian kejuruteraan dalam merekabentuk produk seterusnya merancang proses pembuatan yang diperlukan untuk pengeluaran produk. Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah serta bidang keusahawanan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan ataupun menjadi teknousahawanan.
KKTM/IKM TERLIBAT
IKM TSYA (1 Tahun 6 Bulan) dan KKTM Balik Pulau (1Tahun 6 Bulan)
INDUSTRI SIAPAN LOGAM
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang kemasan logam & bukan logam seperti mengilap, menyadur tembaga, nikel, krom, perak dan emas. Pelajar juga didedahkan dengan kebolehan menyedia, menganalisa, merawat bahan kimia saduran serta merawat air kumbahan industri.
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/