Kluster Mechanical & Manufacturing

KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKABENTUK PEMBUATAN)


SINOPSIS PROGRAM

Program ini memberi tumpuan kepada teknologi pembuatan rekabentuk terkini bagi industri berat dan ringan. Pelajar akan diberi pendedahan kepada pelbagai perspektif bagi rekabentuk bermula dari peringkat awal pembangunan produk sehingga kepada penghasilan produk yang telah disepadukan bersama teknologi dan sistem terkini seperti Computer Aided Design Drafting (CAD), Computer Aided Manufacturing (CAM), Computer Aided Engineering (CAE), Fast Technology, Laser Cutting, Integrated Engineering dan Rapid Prototyping.

M58 – DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKABENTUK PEMBUATAN)

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL REKABENTUK


SINOPSIS PROGRAM

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar agar bersedia untuk bekerja di industri dengan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pelajar dalam bidang mekanikal, penyelidikan dan rekabentuk produk dengan cara yang kreatif dan inovatif. Program ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk memulakan perniagaan sebagai teknousahawan.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN


SINOPSIS PROGRAM

Sektor pembuatan merupakan asas penting kepada setiap industri dan pembuatan jentera. Pesawat, perkakas rumah dan automotif adalah merupakan contoh mudah bagi hasil industri rekabentuk. Penghasilan daripada bahan mentah  kepada produk siap merupakan peranan utama yang dimainkan oleh sektor pengeluaran dalam industri pembuatan ini. Contoh proses yang melibatkan sektor pembuatan adalah seperti pemesinan konvensional, pemesinan CNC, pemotongan menggunakan laser, pemotongan dawai EDM dan  die sinking. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipupuk mampu untuk menghasilkan graduan yang mahir dan berpengetahuan secara menyeluruh untuk memacu perkembangan industri pembuatan pada masa hadapan.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN)


SINOPSIS PROGRAM

Tools and dies merupakan bahagian peralatan yang utama dalam sektor pembuatan. Program ini tertumpu kepada rekabentuk, pembuatan dan penyelenggaraan dalam acuan tekan di samping penekanan disiplin terhadap penggunaan mesin penekan, mesin CNC berteknologi tinggi, kerja logam dan AutoCAD. Industri pembuatan memerlukan pekerja mahir yang terlatih untuk memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan pengeluaran peralatan automatik termaju bagi memenuhi kehendak pasaran. Program ini bertujuan bagi membangunkan pelajar untuk menjadi antara individu utama dalam perniagaan kerja logam, mempunyai versatiliti dalam memanipulasi kemahiran mereka dalam penghasilan barangan-barangan jentera dan mesin yang lebih jitu serta mampu untuk merekabentuk peralatan yang terbaik.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKABENTUK PRODUK)


SINOPSIS PROGRAM

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam proses penghasilan produk melalui penilaian dari peringkat konsep awal serta penelitian terhadap tahap-tahap rekabentuk produk melalui proses evaluasi untuk sesebuah prototaip. Pelajar digalakkan untuk berkarya untuk menghasilkan idea-idea baru bagi produk pengguna dalam memenuhi kehendak permintaan semasa dan akan datang. Selain daripada pemahaman konsep teknikal, pelajar juga akan diterapkan dengan kemahiran merancang, pengurusan masa, kerja berpasukan, kemahiran pembentangan dan penulisan laporan bagi memenuhi kriteria yang dicari oleh syarikat di alam pekerjaan masa kini.

 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN SUNTIKAN PLASTIK)


SINOPSIS PROGRAM

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan(Acuan Suntikan Plastik) adalah merupakan salah satu daripada program tiga tahun yang ditawarkan oleh KKTM Balik Pulau. Program ini diharap mampu untuk menghasilkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam merancang, merekabentuk, memfabrikasi, memasang dan menyelenggara acuan suntikan plastik, seiring dalam menepati kehendak pasaran dalam industri pembuatan negara. Untuk meningkatkan nilai tambah pelajar dalam persaingan kehendak industri semasa, pelajar akan didedahkan kepada perisian terkini dalam menganalisa dan merekabentuk produk dan acuan seperti Moldflow dan Pro-Engineer. Bagi memastikan penghasilan acuan yang jitu dan berkualiti tinggi, pelajar akan diberi penekanan terhadap teknologi pemotongan terkini yang beroperasi menggunakan Computer Numerical Control (CNC) yang dilengkapi dengan perisian CAD/CAM. Pelajar bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan teknikal, malah mereka akan didedahkan dengan kemahiran insaniah bagi menyediakan mereka sebelum memasuki alam pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam mahupun ke luar negara.

 INDUSTRI SIAPAN LOGAM


SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang kemasan logam & bukan logam seperti mengilap, menyadur tembaga, nikel, krom, perak dan emas. Pelajar juga didedahkan dengan kebolehan menyedia, menganalisa, merawat bahan kimia saduran serta merawat air kumbahan industri.

TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK (MEKANIKAL)


TEMPOH PENGAJIAN

18 Bulan (Sepenuh Masa)

IKM TERLIBAT

Kuala Lumpur

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN IKM

Lulus Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) dari IKM.

KOMPETENSI KIMPALAN


TEMPOH PENGAJIAN

18 Bulan (Sepenuh Masa)

IKM TERLIBAT

Johor Bahru, Beseri, Lumut

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

LULUSAN GIATMARA

Kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

DAN

Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.

DAN

Tidak Rabun Warna.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/