Kluster Mekanikal Pembuatan

TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK (MEKANIKAL)

SINOPSIS PROGRAM

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar agar bersedia untuk bekerja di industri dengan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pelajar dalam bidang lukisan mekanikal, lukisan perpaipan dan rekabentuk produk dengan cara yang kreatif dan inovatif. Program ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk memulakan perniagaan sebagai teknousahawan.

KOMPETENSI KIMPALAN

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang Diploma Kompetensi Kimpalan, dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian visual inspector (VI), penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan (DT dan NDT) bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PEMBUATAN AUTOMOTIF)

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menekankan kepada penghasilan graduan yang mampu untuk mengadaptasi teknologi terkini dan yang akan datang bagi menghasilkan produk automotif yang inovatif dan berdaya saing. Program ini telah direka secara strategik untuk menghasilkan graduan yang boleh memahami secara total pada setiap peringkat pemprosesan produk automotif, rekabentuk bahagian serta mempunyai kepakaran dalam semua disiplin automotif disamping memiliki kemahiran insaniah yang cemerlang.

KEJURUTERAAN PEMBUATAN (KUALITI DAN PRODUKTIVITI)

SINOPSIS PROGRAM

Program ini memfokuskan kepada aplikasi teknologi baru, teknik dan kaedah yang betul bagi mencapai kualiti dan produktiviti yang tinggi, terutamanya dalam sistem pembuatan. Kaedah dan kawalan pengeluaran yang baru, seperti “Lean Manufacturing” dan teknik-teknik lain yang berkaitan akan diperkenalkan kepada pelajar melalui program ini. Pengawalan kualiti dan produktiviti merupakan elemen terbaik dalam pengurusan sistem pembuatan dan digunakan dengan meluas dalam pelbagai sektor industri yang tidak hanya memfokuskan kepada kualiti produk atau perkhidmatan sahaja. Pembelajaran akan dilaksanakan secara teori dan praktikal. Penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar juga dititikberatkan, terutamanya dalam membuat keputusan untuk sesebuah organisasi.

TEKNOLOGI PEMBUATAN

SINOPSIS PROGRAM

Program ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam industri pembuatan berasaskan pemesinan. Pelajar akan mempelajari kaedah pemesinan konvensional dan bukan konvensional seperti CNC. Pelajar akan menggunakan perisian kejuruteraan dalam merekabentuk produk seterusnya merancang proses pembuatan yang diperlukan untuk pengeluaran produk. Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah serta bidang keusahawanan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan ataupun menjadi teknousahawanan.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/