Kluster Minyak dan Gas

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GAS


SINOPSIS PROGRAM

Program ini merangkumi teori, latihan praktikal serta amalan kejuruteraan sebenar dalam bidang teknologi kejuruteraan gas. Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kefahaman dalam kaedah penyimpanan, sistem pengedaran dan sistem penggunaan gas dengan ciri-ciri kawalan optimum. Pelajar turut akan didedahkan dengan pelaksanaan projek-projek sebenar dalam teknologi kejuruteraan gas. Pelaksanaan projek-projek tersebut memerlukan gabungan strategi rumusan masalah, ujian metodologi alternatif rekabentuk, kajian kemungkinan serta pertimbangan ekonomi dan alam sekitar. Graduan program ini mampu untuk melaksanakan amalan kejuruteraan dalam industri gas termasuk pemasangan paip serta sistem simpanan LPG dan gas asli.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN OPERASI LOJI


SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pembelajaran secara teori dan amali untuk mengendalikan operasi unit dan proses di dalam loji supaya berfungsi dengan baik dan selamat. Pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul semasa mengendalikan operasi loji. Pelajar turut didedahkan dengan parameter operasi, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan startup/shutdown menggunakan proses simulasi dan loji sebenar.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYELENGGARAAN


SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknologi instrumentasi dan kawalan khususnya dalam loji berkaitan minyak dan gas. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah troubleshooting, tuning, calibration dan penyelenggaraan terhadap sistem instrumentasi dan kawalan di dalam loji. Bagi memberi lebih penghayatan dan kefahaman, pelajar-pelajar turut didedahkan terhadap proses-proses utama dalam industri minyak dan gas.

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYELENGGARAAN INSTRUMENTASI DAN KAWALAN LOJI


SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknologi instrumentasi dan kawalan khususnya dalam loji berkaitan minyak dan gas. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah troubleshooting, tuning, calibration dan penyelenggaraan terhadap sistem instrumentasi dan kawalan di dalam loji. Bagi memberi lebih penghayatan dan kefahaman, pelajar-pelajar turut didedahkan terhadap proses-proses utama dalam industri minyak dan gas.

PERTANYAAN DAN INFO

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tigkat 21, Ibu Pejabat Mara 21,
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2613 4258
Fax: 03-2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my
Pautan : https://www.tvetmara.edu.my/