Live Webinars

Jom Kenali PERDA-TECH

Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PERDA-TECH terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan telah mula beroperasi pada tahun 1989 yang dikenali sebagai sebagai Pusat Latihan PERDA (PLP).

Pada 16 Disember 2007, Pusat Latihan PERDA telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dengan penyusunan semula ke atas kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan. Selanjutnya >>