Laman Utama / Sijil Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
MENGENAI KKTM, MJII & IKM

Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.
Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII). Daripada asalnya dikenali sebagai “sekolah tukang” ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.